Saturday, June 28, 2014

DiamMU...SakitKu...

Diam...
Itulah Caramu....
Diam Mu menyakitkanku...
Diam Mu MengecewakanKu...
Diam Mu membuatkanku memikirkan Andaian Palsu...
Andai Aku yang Salah Marahilah aku..
Betulkan Aku...


Diam Mu..
Membuatkan Kita Semakin Jauh...
Diam Mu
Membina Curang Antara Kita...


 Apalah Maknenya Teman
Jika Tidak Seiring...
Jika Tidak berkongsi....
Jika Tidak Bersama...
JIka Tidak Bersatu....

Andai Sendiri Membuatkanmu tenang..
Andai Sendiri Membuatkanmu Lebih Baik...
Beritahulah aku...
Ingatkanlah Aku......
Supaya Aku lebih Faham.....
 






 

AKAD BeRsAkSi

Tidak Ku Menduga....
Tidak Ku Menyangka...
Sesuatu yang aku Fikirkan Bukan Milikku ...
Sebenarnya Dan SemeMangnya Ternyata MilikKu...

Kini...
Cinta Yang Dulu Ku Sangka Duri ...
Rupanya Penawar kekecewaan.....
Kini Cinta Itu Telah Bersatu...
Bersatu Bersama Akad Bersaksi Dan Berwali...
Dalam Sedar Dan Tidak....
Aku menjadi Miliknya...

Miliknya untuk Bersama- sama Mencari Syurga..
Miliknya untuk bersama-sama meniti titian kehidupan...

 

Sunday, November 3, 2013

Mungkin KeCewA

KuatKah Hati.....
Untuk menerima Hakikat apabila Cinta Yang Hadir adalah Cinta yang Salah....
Haruskah aku Mengharap Pada sesuatu Hakikat yang Nyata...
Hakikatnya Aku akan Sendiri lagi....
SUNYI....
SEPI...
KOSONG....
iTulah yang akan menjadi teman HATI...
Teman yang Setia...
Tertawa Dalam Tanggis...
Tersenyum Dalam duka....
Kerapuhan Hati dalam Ketegasan menolak Cintamu ...



Friday, March 15, 2013

PenGaKhiran KisaH KitA......

SIapa kata aku Dah Punya Pengganti kamu? siapa kata Kau tak laGi di Hati ini....Siapa Kata aku tak Rindu Kamu????aku mempunyai sekeping hati yAng cemburukan kebahagian orang lain...aku rindukan saat kita bersama...setiap kali aku melihat sepasang manusia menyemai benih cinta melakarkan kenanggan ditasik-tasik biru bersama senyuman hatiku sakit...air mataku bergenang...kenanggan yang tak sepatutnya aku ingat kini kembali...tapi semuanya dah berakhir semuanya dah tak bermakna...kau sudah pergi tinggalkan aku dengan  memilih cinta lain untuk temani hidupmu..Sedangkan aku masih lagi hidup di dalam kenanggan yang kau ciptakan untuk aku...

Ya memang aku sengaja mengatakan yang aku dah punya pengganti kamu, yang aku bencikan kamu dan kamu tak lagi di hatiku...memang aku ingin kau tahu yang aku tak lagi sendiri supaya tak ada lagi harapan yang tertanam didalam hati ini untuk kembali bersama kamu..kerna aku tahu kita tak mungkin akan bersama walaupun terpaksa melawan arus...aku memang sengaja mereka-reka cerita itu supaya sisa-sisa cinta dan kenanggan kita bersama dihati dan fikiran kamu terus menjadi pudar dan hilang bersama kebencian yang aku ciptakan untuk kamu...
Ya memang aku kejam..aku kejam dengan cerita yang aku ciptakan kerna aku mahu jalan  kebahagian yang kamu akan ciptakan dengan insan yang kau pilih tu takkan tertutup dengan kenanggan cinta kita...
Aku Mahu kau pergi jauh dariku bersama kebencian yang aku ciptakan...Biarlah aku terus bengini..dengan hidup yang bercelaru.....


Friday, January 20, 2012

RiNdu..

Kerinduan Ini Masih Lagi Disini,
Walaupun Sudah Sekian lama Perpisahan Itu TerjaDi..
Di dalam Lubuk Hati Ini..
Tersimpan Hasrat Untuk Bertemu..
Tapi Bagaimana CAranya...
Kenapa Masih lagi Begini...
Kenapa Dengan Perasaan Ini..
Kenapa Dengan Hati Ini..
Kenapa Masih Lagi DI PEnjara...
Adakah Aku Yang Salah..
Tolong la..bebaskan Aku dari semua ini..
Rindu pergi lah..
Pergi lah juah dari diri Ini...



Sunday, December 25, 2011

Kosong..000000

Fuhhhhhhhh...fuhhhh....Fuhhhhhhhhhhhhhh.....dah berhabuk rupanya blog aku ni..dah lama aku tak update...dah macam-macam bende dah berlaku...aku dah dapat tempat praktikal dekat KL lumpor..hehehheee...macam mana la kehidupan aku dekat sana nanti...so chalengers...harap-harap aku dgan mcda o.k n dapat peluang untuk kerja degan syarikat tu...satu lagi harap2 keja semua o.k.
 Hubungan Cinta???? entah la semakin hari semakin kabur...mungkin ada cerita baru akan muncul...hehehheheehhe...Tapi xtahu la macam mne harap semua berjalan lancar...harap sangat....
Rase sayang plak nak tinggalkan UMt and rumah sewa ni macam-macam kenanggan..tapi aku harus tinggalkan semua ini...termasuk la orang2 yang berada disekeliling aku di sini...aku tahu semua akan silih berganti..aku harap aku dapat terima apa sahaja yang berlaku dalam hidup aku dan aku harap aku dapat tempuhi semuanya dengan baik..aku berharap.

Wednesday, October 12, 2011

SuPriSe....

Semalam aku tak tahu kenapa.....susah sangat2 nak tidur..puas aku pejamkan mata tapi tak juga lena...lepastu aku cuba tidur dekat ruang tamu tapi tak match jugak...aku masuk dalam bilik balik cuba pejamkan mate lagi,   tak macth lagi, puas aku golek-golekan badan aku...aku guling2...kalau la tepung gamdum digolek2 and diguling2 memang confirm esok akan jadi karipap yang rapuh....aku pun tak tahu apa la badan aku nk dah macam satu teka teki...so aku buat ekperimen aku tutupkan lampu..lagi aku tak leh tidur cz aku takut gelap..huuuuhhuuu...mcda cakap suh aku buka pintu bilik and pasang lampu bilik air supaya cahaya samar2 je masuk..so aku cuba la takut2 jadi...lepastu aku tarik kain selimut aku and aku pejamkan mate..pejam punya pejam yess!!!!aku berjaya....heehee :-)...
   Suprise...apa yang suprise erk!!!!heehee rupanya disebalik aku susah nak tidur tu sebenarnya bila aku dah lena rupanya aku dapat hadiah iaitu hadiah sebuah mimpi yang indah dari Maha Pencipta, Allah s.w.t...tak sangka bila aku dah lena aku mimpi,... datang seorang kaum adam datang  melamar aku untuk menghiasi katil   miliknya yang besar dan lagi selesa..dia siap cakap katil milik dia indah dan mewah tapi tak ada penyeri dan dia nak aku serikan hidup dia...Aku apa lagi yang dah gatal nak nikah so syok la dapat mimpi cam gitu...bestnya kalu aku dah disunting orang...tak sabar rasa nya untuk mengetahui siapalah jodoh aku...tapi dalam mimpi ni tak ada aksi2 kotor tau..NO!no!no!!! positive thinking o.k!O.K!O.K!   

Moral of the story>>>>>setiap kesusahan yang kita alami mesti tersembunyi kebahagian...heheeee..so sabar la dalam mengharungi hidup ni k.....