Sunday, December 25, 2011

Kosong..000000

Fuhhhhhhhh...fuhhhh....Fuhhhhhhhhhhhhhh.....dah berhabuk rupanya blog aku ni..dah lama aku tak update...dah macam-macam bende dah berlaku...aku dah dapat tempat praktikal dekat KL lumpor..hehehheee...macam mana la kehidupan aku dekat sana nanti...so chalengers...harap-harap aku dgan mcda o.k n dapat peluang untuk kerja degan syarikat tu...satu lagi harap2 keja semua o.k.
 Hubungan Cinta???? entah la semakin hari semakin kabur...mungkin ada cerita baru akan muncul...hehehheheehhe...Tapi xtahu la macam mne harap semua berjalan lancar...harap sangat....
Rase sayang plak nak tinggalkan UMt and rumah sewa ni macam-macam kenanggan..tapi aku harus tinggalkan semua ini...termasuk la orang2 yang berada disekeliling aku di sini...aku tahu semua akan silih berganti..aku harap aku dapat terima apa sahaja yang berlaku dalam hidup aku dan aku harap aku dapat tempuhi semuanya dengan baik..aku berharap.

Wednesday, October 12, 2011

SuPriSe....

Semalam aku tak tahu kenapa.....susah sangat2 nak tidur..puas aku pejamkan mata tapi tak juga lena...lepastu aku cuba tidur dekat ruang tamu tapi tak match jugak...aku masuk dalam bilik balik cuba pejamkan mate lagi,   tak macth lagi, puas aku golek-golekan badan aku...aku guling2...kalau la tepung gamdum digolek2 and diguling2 memang confirm esok akan jadi karipap yang rapuh....aku pun tak tahu apa la badan aku nk dah macam satu teka teki...so aku buat ekperimen aku tutupkan lampu..lagi aku tak leh tidur cz aku takut gelap..huuuuhhuuu...mcda cakap suh aku buka pintu bilik and pasang lampu bilik air supaya cahaya samar2 je masuk..so aku cuba la takut2 jadi...lepastu aku tarik kain selimut aku and aku pejamkan mate..pejam punya pejam yess!!!!aku berjaya....heehee :-)...
   Suprise...apa yang suprise erk!!!!heehee rupanya disebalik aku susah nak tidur tu sebenarnya bila aku dah lena rupanya aku dapat hadiah iaitu hadiah sebuah mimpi yang indah dari Maha Pencipta, Allah s.w.t...tak sangka bila aku dah lena aku mimpi,... datang seorang kaum adam datang  melamar aku untuk menghiasi katil   miliknya yang besar dan lagi selesa..dia siap cakap katil milik dia indah dan mewah tapi tak ada penyeri dan dia nak aku serikan hidup dia...Aku apa lagi yang dah gatal nak nikah so syok la dapat mimpi cam gitu...bestnya kalu aku dah disunting orang...tak sabar rasa nya untuk mengetahui siapalah jodoh aku...tapi dalam mimpi ni tak ada aksi2 kotor tau..NO!no!no!!! positive thinking o.k!O.K!O.K!   

Moral of the story>>>>>setiap kesusahan yang kita alami mesti tersembunyi kebahagian...heheeee..so sabar la dalam mengharungi hidup ni k.....

Thursday, September 22, 2011

Hati...

     Kadang-kadang hati tertanya-tanya kenapalah orang yang aku minat,suka and sayang tak sukakan aku...kenapa orang yang aku tak suka terhegeh2 plak nak dekat aku...kadang2 aku terfikir untuk mengecewakan orang yang menyanyangi aku sebab aku rase aku tak boleh hidup bahagia dengan dia walaupun aku tahu dia akan bahagia bersama aku..tapi aku tak sanggup buat macam tu...orang cakap baik kita belajar menyanyangi orang yang sayang dan cintakan kita daripada kita menyanyangi dan mengejar orang yang tak sayangkan dan lansung tak nampak kehadiran kita dalam hidup mereka...
     Kadang-kadang apa yang kita mahukan tidak baik untuk diri kita..aku harap apa yang aku pilih sekarang ni akan memberikan kebaikkan dan kebahagian untuk aku...Bukan mudah untuk mencari seseorang insan yang boleh menerima kekurangan,keburukan dan sudi memaafkan aku diatas beribu-ribu kali kesilapan yang telah aku lakukan...tapi bukan mudah untuk aku menolok semua dugaan yang datang dalam hidup aku...kadag2 ia sangat2 menguji aku dan sehinggakan aku tersesat dan terpedaya..apa yang aku harapkan ialah kemaafan itu sentiasa ada untuk aku apabila kau tersasar daripada jalan yang sebenar...
    

Tuesday, September 20, 2011

Delay story.....

Muiz, Iwan and Bad..three persons i meet want i do the part time job during semester break..special name and nice person.still young..all have their own mission..they coloring my live and company me went i feel bored.MR???he still in my heart..although some time we always fighting but i know in our hearts still have are love..strong and very strong love because it, we still together. Too many allegation in our love some time make my heart broken and i feel want  to clash but MR do not want to let me go from their life.i don't know why???sometime I'm jealous want i seeing the other couples seem happy in their romance and in my heart i always ask" why i am not happy as they?" the answer is I DON'T KNOW..
 ...Bad..naughty boy..18 years old, but physically like 20 years and above. He able to do the part time job to find own pocket money.
Iwan...19 years old. he are quit person..while Muiz is active and funny boy..he always make me smile with their attitude..i recognized with Muiz and Iwan, when Yati and i played ping pong for the URUS club.For me during training with they is are nice memories. i still remember what Muiz say for me..The word he say is: "nak Menang Tak",  "wak Relakz je",  "sedia, jagan gaduh" . when i reminded it so funny and make me laughter alone..
 But our meeting was for a short time only, when the semester ends I will leave to live as a student who was busy with various work provided by lecturer. what is important that MR got to know, with anyone and I became friends with anyone I know, in my heart I only have love for him. What I want is the honesty to love me and not to play main love.
Bad, iwan and Muiz I consider myself like a sister..

Friday, June 24, 2011

YanG TerIstemeWa...

Berikanlah aku
Sesuatu yang meyakinkan
Sesuatu yang takkan hilang
Yang terbaik untuk diriku
Tuk hidupku
Hulurkan tangan mu
Berikan ku keyakinan
Hingga akhir nafasku
Bila sampainya waktu
Terindah
Hingga akhir nanti
Ku hargai semua ini
Yang terindah
Yang tercipta
Dalam hidupku
Kisah hidup ini
Hingga ke akhir nafasku
Kan menjadi sejarah
Dalam hidupku
Takkan kau fahami
Apa yang tersirat di hati
Masa pantas berlalu pergi
Kenangan kan tetap di hati
Di hargai
Suatu hari nanti
Detik waktu kan terhenti
Hingga akhir nafasku
Bila sampai nya waktu terindah
Hingga akhir nanti
Ku hargai semua ini
Yang terindah
Yang tercipta
Dalam hidupku
Kisah hidup ini
Hingga ke akhir nafasku
Kan menjadi sejarah
Dalam hidupku

this lyric special for all everybody in my life..you all give me nice memories although sometimes it's make my heart is broken but it's o.k because it make me better and give me spirit to do the new things in my life..without you all my life to be empty..you all taught me the meaning of live. i greatly appreciate the memories you all give me..you all coloring my life..thanks everyone..you are loveliest in my life, forever and ever...





Cebisan Diary seorang Cleaner..

Rutin aku seperti biasa..tak berape tepat pkul 6.00pg aku akan bangun tidor untuk bersiap2 pergi kerja..kadang2 tu aku gan yati masing2 buat keras tak nak bgun masing2 xnak mengalah sape yang kena bangun dulu..huuhuu..bila dah bangun and sampai tempat kerja ap yang kami fikir bila la jam nak menunjukkan pukul 10 pg cz nak rehat..haahaa..kerja tukang sapu tak der la teruk, penat sangat ke..tapi bila dah ada event jadi penat la sikit..aku akan start buat kerja pukul 7.30 pg bila dah sampai pukul 9.30 semua kerja dah beres...aku kerja kadang2 tak menetu aku akan dicampakkan dekat mane2 je tempat tukang sapu lain yang tak datang dan soalan kemestian yang akan ditanya oleh orang2 kat dalam office tu ialah "mane akak yang biasa bersih kat sini dia cuti ke dik?" dan jawapan yang telah tersedia untuk aku jawab plak " a'a dia cuti"macam tu la...Kadang-kadang aku terfikir kenape la banyak2 kerja aku buat kerja jadi tukang sapu tuk buat part time?????aku pun tak tahu..tapi bila aku jadi tukang sapu ni aku dapat mengenali semua kerenah orang dari pangkat paling rendah sampai la pangkat paling tinggi yang ada gelaran dato'..ada yang sombong ada yang o.k..macam2 kan kerenah biro kerasi ni..12.30 thghari haaa time ni la aku akan naik tingkat 16 tuk mengerjakan aktiviti termenung aku sementara tunggu tuk balik maklum la balik kul 3.00 kerja dah beres so nk buat ap lg kan...kadang2 tu aku gan yati akan lepak gak gan budak2 cleaner lain..aku suka sangat dduk tepi tinggkap, dengar lagu and sambil tengok pemandangan daripada atas cantik dan nyaman...kerja kat sini biasanya banyak event so ada la jamuan and kalu ada makanan lebih kami ni la sebagai cleaner akan mengclearkan makanan tu...heehee..tapi yang lucunya supervisor aku la dah la dah makan kat situ ambik plak tapau tuk wak balik dekat umah kalu ambik sikit aku tak kisah la kan.. ni ambik makanan macam nak buat kenduri kat rumah..(alahai mak esah..)maklumlah spvisorkan so dia kena clearkan makanan tu lebih dari anak2 buah dia la..heeehee...satu lagi rutin aku gan yati kalau korang nak tahu, kami kan selalu kira hari bila nak cuti and dapat gaji..heehee maklumlah duit kering...kadang2 tu kami ada jugak terfikir tuk berhenti kerja tapi biasa memang tak menjadi la tuk berhenti..aku pun tak tahu kenapa..sekarang nia aku masih dengan carier aku iaitu seorang cleaner...

Friday, June 10, 2011

EntaH...

Kerja..setiap hari kita kerja same la dengan aku..boleh dikatakan taip-tiap hari aku kerja..PENAT??entah la kadang-kadang aku rase penat tapi yang hairannya kenape berat badan aku semakin niak erk!padahal aku kerja dari pukul 7.00pg sampai 3 ptang..lepas tu aku n yati terkejar2 balik sebab kejar masa nanti pukul 4.30 kena sambung kerja lagi sampai pukul 11.00mlm..kadang2 aku aku gan yati tak habis2 membebel atas motor kalau time aku gan dia nak cepat tibe2 traffic light asyik merah je..lepas membebel kami pun gelak same2..haahaa..apa la kami ni kan..Gemuk...eee benda yang paling aku takut..tapi mane tak gemuk nya kerja dekat foodcourt pahtu tempat kerja pagi asyik buat makan2 je dah la kerja xsampai 3jam waktu pagi mase yang terlapang tu aku menyembang n termenung dekat tingkat 16 sebab aku suka tengok pemandangan dari atas kalau pkul 10.00pg sampai pkul 11pg plak adalah mase wajib tuk aku gan yati charge beteri yang dah kong iaitu tido..haahaa maklumla nanti mlm nak kerja  lgpun shari kami sempat tido 5jam je...tu la kena cari jgak mase tuk top4 balik time tido kami..hee3..kadang-kadang aku gan yati asyik terfikir tuk berhenti kerja pagi tapi bila terfikir pasal duit mesti niat tu terpendam macam tu je..yang pelik nya mulut cakap nak berhenti tapi tiap2 pagi mesti kami bangun jugak pergi kerja..heheee...kami sekarang ni cuma ada hari jumaat pagi je tuk berehat..harap2 aku gan dia dapat tempuhi hingga ke penghujungnya nanti..

Thursday, April 28, 2011

Kami...

Arhhh lepas penat shooting kami berpicture...hahhaaa..kerja aku n the geng..gila flash katakan pantang pergi mana-mana ambik gmbar je la kerja kami..heee and ni adalah koleksi  gambar2 kami dekat Air terjun buatan Dekat trafict light jalan nk pergi batu Buruk..
 ala..ala cameraman yang ambikkan...sweet tak??haahaa(perasan tu..)

 Ni la kami...lepas penat buat kerja berposing la plak kerjanya..gmbar ni i yang ambik tau i setting timer dekat camera penat gila kena lari cepat2 naik atas batu tu takut tak sempat..nk buat gmbar ala-ala candit katakan..tapi sally tak sabar2 dah tengok dekat camera cz dia ingatkan gambar dah snap time tu..heehee
                                            ni gambar koya bersama Rinrin...cantik kan..heehee



                     Ni gambar kami versi happy..gambar ni la gambar i rasa paling terbaik kami shoot..heeheeee...model air terjun katakan..hahhaaa...caye la...

CuTi-Cuti D'TerenGgaNu..

Cuti-cuti di terengganu..hahhaaa macam la aku orang luar...tak sebenarnya semalam aku jadi pemandu pelancong yang tak bertauliah yang di lantik oleh dini n sally secara tidak sah....hahhhaaa..penat gila seharian tu jalan-jalan keliling bandar terengganu..First semalam kami naik bot penambang..haahhaa lucu tau tak...rugi klu tak cuba rm2 je pergi and blik dari bandar ke seberang takir..pic tak ingat nak take time naik bot lgpun aku mabuk lalat ckit naik bot ni haahaa.....Aktiviti kedua kami pergi naik Bukit Puteri..lepas tu kami pergi taman tamadun islam (TTI), sempat lagi kot behenti kedai jual haiwan peliharaan..heehee..pahtu kami terus balik..ni la gambar aktiviti kami..haahaaa
             Gambar ni ambik dekat atas Pasar Warisan..cantik kan..ala-ala gambar koya la tu..heehee
               Ni rabbit yang aku impi-impikan nak Beli...harap-harap nanti dapat la...doa-doakan erk!
     Ni gambar dekat masjid kristal cantik kan..Dini cakap rela berpanas nak dapatkan gambar yang cantik     punya pasal..haahaa..berair kot mata kena terik panas matahari..huuuhuu
 Koleksi gambar koya..dalam taman monumen dekat masjid Great Mosque Of Qairawan. Turnisia.masjid ni ,masjid tertua dekat Turnisia..
            Ni gambar dini dan sally..cantik tak i ambik..sampai tertungeng-tungeng tau tak..hahhhaaaaa...
 Ni la masjid Taj Mahal,Aqra, India..ni la masjid lambang cinta agung antara Maharaja Mughal Kelima,Shah Jahan, Shah Jahan telah membina Istana Taj Mahal ni bagi mengenangkan kisah cinta abadinya n masjid ni jugak sebagai simbol kasih sayang terhadap isterinya, Mumtaz Mahal..cayalah kalau aku yang dapat ni adui..asyiknya...hahhhaaa (beranggan la ko)...
                            Ni gambar saja je ambik cz nak nampakkan masjid Taj Mahal tu...
                                           Ni plak gambar dekat atas bukit puteri dekat meriam...

  Ni kalau tak silap dekat masjid Sheikh Lutfallah,Iran..lupa cz banyak sangat pergi semalam..heehee..masjid ni dikatakan salah satu contoh terbaik senibina islam..

Ni je la gambar2 yang dapat upload..nak upload semua..banyak ooo..nanti ada masa korang pergi la TTI..tak rugi nya RM15 je sorang siap dapat kupon makan dan minum n Kupon survenier sekali tau...Thanks to Sally and Dini..hope you olls enjoy semalam..

Friday, April 22, 2011

kisahku...

Sudah sekian lama aku tak up date blog aku...hidup ni kadang-kadang sibuk sampai tak ada masa untuk diri sendiri terlalu banyak perkara yang kena selesaikan..sekarang ni minggu peperiksaan macam-macam ragam kawan-kawan aku..semua asyik stady je..asal buka mata baca buku, tido pun dengan buku. tapi walaupun sibuk stady sempat lagi doawnload lagu tak tahu la virus apa dah terkena dekat umah ni tetapi budak-budak ni asyik nyanyi lagu mat silehs je hari2...laptop pun penuh dah gan lagu mat silehs..mungkin nak menyahut cabaran pensyarah kami kot tuk improve BI..caye lah korang...nanti tengok la cair la BI kat mulut nanti..hehehehhe..semester ni stdy tertekan cikit subject semua mencabar jiwa dan raga ooo...pahtu jadual peperikasaan padat gila ooo..bayangkan 19/4 international law of the sea, 20/4 pengurusan Liner..pening oo kepala nak-nak stady law..pahtu 24/4 logistics, 25/4 law of transportation,26/4 pulak safety marine..sesak oo nafas..macam mane la nak skore ni weh...adui....tak pe la aku harap sangat sangat dan sangat lepas aku stady ni aku dapat kerja elok-elok dan semua pergorbanan aku ni berbaloi..bukan pergorbanan aku je tapi pengorbanan semua orang yang sayang kat aku dan yang tolong aku..nanti apa yang mereka buat akan mereka dapat balasan baik dari Allah dan aku..Tunggu la korang semua nanti aku dapat kerja elok-elok aku akan balas budi baik korang semua tau..aku tak akan lupa..sebab..sebab korang la aku akan menjadi orang yang berjaya nanti..harap-harap ALLah permudahkan..amin...
       

Wednesday, March 23, 2011

Kisah dulu...

Aku tak nak merindu,
Tapi aku merindui,
Aku ingin melupakan,
Tapi aku tidak melupai,
Aku tak nak mengingati,
Tapi aku meningati,
Aku ingin melupakan,
Tapi aku tidak lupakan,
 Bukan aku pinta untuk merinduimu, bukan aku pinta untuk mengingatimu..andainya aku boleh memilih insan mana yang ingin aku rindui pasti aku tidak akan memilih dirimu untuk dirindui..Aku akui sampai sekarang aku masih tidak dapat melupai dirimu, mungkin aku tidak dapat melupaimu sampai bila-bila kecuali aku ditakdirkan hilang ingatan..walaupun engkau hadir hanya seketika untuk mewarnai hidupku tapi engkau tetap insan istimewa yang pernah aku sayangi dan cintai di waktu dulu..kita tidak mungkin akan bersama lagi walaupun perasaan cinta dan sayang yang pernah hadir di antara kita masih bersisa di hati ini.Aku akui kadang-kadang perasaan ini meronta-ronta merinduimu tapi antara kita tiada apa-apa lagi yang perlu di ingati. Aku tahu engkau telah menemui penggantiku yang sempurna dan aku juga telah mempunyai insan yang menyayangiku lebih daripada engkau menyayangiku dulu. Apa yang aku harapkan moga kebahagian menjadi milik kita walaupun kita tidak bersama,walaupun cinta kita tidak bersatu,walaupun cinta kita terputus di pertengahan dan tinggal sejarah..kerana aku ingin engkau tahu cinta tidak semestinya bersatu, cinta tak mestinya diungkapkan ia akan hadir tampa kita paksa dan ia juga akan pergi tampa kita menduga..cinta kita hanya kenanggan..  

Friday, March 11, 2011

Hati yang Terkunci

Bukan salah aku, bukan aku pinta, aku tak nak semua ini terjadi tapi sudah puas aku cuba, sudah puas aku berusaha, hati ini tetap begini..usah la engkau memaksa, usah la engkau memujuk, usah lah engkau berkorban kerna ia tak akan memberi apa-apa makna lagi lagi kepadaku..semuanya telah berakhir, semuanya telah musnah hati ku telah beku sebekunya dan sekerasnya siment konkrit.. maafkan kan aku tetapi hati ini sudah terkunci dan kuncinya entah hilang dimana. bukan salah aku tapi engkau yang membuatkan aku jadi begini jangan lah engkau sesali lagi kerna ia tidak berguna, dulu engkau yang tidak menghargai aku, engkau yang tidak menghiraukan aku..sudah puas aku menangih sudah puas aku meminta tapi apa yang aku dapat darimu hanyalah sakit hati dan kekecewaan. Pergilah engkau.pergi lah dari cerita hidupku kerna watak engkau tidak lagi diperlukan didalam cerita hidupku ini. Aku telah memaafkan kamu tetapi hati ini tidak bisa lagi menerima dirimu kembali, cukuplah dengan apa yang berlaku. Aku sangat-san gat merelakan engkau pergi..

sedih..

Sakit hati, sedih, kecewa, semua ada . it's okey apa-apa pun kena belajar hidup sendiri jangan terlalu berharap dekat orang lain sebab bila harapan tu tak dapat di penuhi hati sendiri akan merasa sakit, hati sendiri yang meraung dan menanggis. Bila perasaan sedih datang mengetuk hati cuba lah menutupinya dengan senyuman dan bina lah tembok kecerian. Cubalah terima apa adanya janganlah membandingkan diri kita dengan orang lain kerna bila semua itu berlaku kita akan rasa semua ada pada kita tidak sempurna.  

Thursday, March 10, 2011

Warna-Warna kehidupan.

Setiap kali aku buka laptop aku baca blog-blog orang lain atau aku tengok post-post dekat facebook macam-macam cerita.Manusia ni banyak ragam,banyak peragai dan banyak cerita setiap cerita pada setiap manusia tak ada satu pun yang sama itu lah kuasa yang maha Agung.Padahal kat Dunia ni Dah berbillion-billion manusia hidup. Tu lah setiap manusia tu ada karactor masing-masing yang akan mewarnai lukisan dunia ni. kalau cantik,baik dan sempurna watak yang dibawak cantik la juga warna yang akan terlakar di atas kanvas tu kalau buruk buruk la ia . Orang kata semasa kita kecil kita ni umpama kain putih yang bersih dan suci ibu bapa la yang akan mentukan bentuk lukisan dan lakaran pada kain tersebut kalau cantik yang diukir dan dilakarkan oleh ibu bapa kita maka cantik la kita jadinya nanti tapi kenapa ada jugak yang diukir dan yang dilakarkan tidak sama dengan apa yang diiginkan? padahal ibu bapa kita berusaha keras untuk memberi lakaran dan ukiran yang baik untuk kita sanggup berkorban apa sahaja tapi hasilnya sangat mengecewakan. tapi ada juga ibu bapa yang memberikan lakaran dan ukiran yang sangat buruk pada anak-anak mereka tapi setelah ia di warnai oleh si anak ukiran dan lakaran itu menjadi sangat cantik. Tak  salah orang kata ibu bapa memainkan peranan penting di dalam membentuk kita untuk jadi insan yang berguna tapi mereka hanya memberi kita ukiran dan lakaran yang memwarnainya adalah kita sendiri kalau cantik warna yang di pilih cantik la kain tu ,jadi apa kita akan jadi yang menentukannya adalah diri kita sendiri bukan orang lain. Jadi kalau apa-apa yang terjadi kepada kita janganlah kita salahkan orang lain terutamanya orang tua kita, orang yang merawat dan menjaga kita dari kecil sehingga besar walau buruk macam mana pun mereka walau jahat macam mana pun mereka tetap orang tua kita yang memberi benih dan mengizinkan kita menumpang pada rahim mereka. Tiada mereka tiada la kita..renungkan la....   

Wednesday, March 9, 2011

Cakap-CaKap

Aku Cakap: lelaki tak pernah cukup dengan seorang perempuan dan perempuan plak tak pernah cukup dengan seorang lelaki.
Kak Sha cakap: Manusia tak pernah cukup dengan apa yang mereka ada. walaupun dah dapat yang baik tapi tak pernah bersyurkur.
Dini cakap: begitu la manusia kalau tak,tak ader la plak yang kawin ramai.
MC da plak Cakap: Biar la asalkan bahagia.
Tihin Cakap: aku tetap dengan pendirian aku...Cukup dengan seorang lelaki.
Arhh..penat dengan cakap-cakap korang ni... 

Cerita Semalam..

Arh... malasnya aku nak bangun tido.hujan di luar bagaikan mengulit aku untuk terus tido tapi tak boleh hari ini aku ada test so apa-apa hal pun aku kena pergi jugak.Sejuk bangat mandi time-time hujan ni.Lepas je aku bersiap-siap hujan tak menunjukkan tanda untuk berhenti pun macam mane ni.aduhh..jam dah menunjukkan pukul 8 dah ni.bila hujan nak berhenti, reda ckit pun tak apa aku ni dah la naik motor kalau naik kerata tak aper la..jangan la test dah start kalau tak mampus aku.huhuhu..
eh korang kita nak pergi macam maner ni?hujan lebat lagi.beritahu aku kepada kawan-kawan serumah ku.
tunggu la bila hujan dah reda kita terus pergi nampak macam dah nak reda ckit tu.balas nor.
erm...baik la..kataku kepada nor.
(selepas 10 minit menunggu)
tu hujan dah reda jom la kita pergi nantikan lebat plak.kata ti kepada kami.
dengan pantas aku pun menghidupkan motor dan menyarung baju hujan dekat tubuhku.Lin cepat la nanti hujan lebat plak,teriak ku kepada lin.dengan pantas aku pun memecut motorku tapi baru je keluar dari taman rumah aku hujan lebat mengila dengan semangat yang kental aku,nor and ti sebagai penunggang motosikal menmaxsimunkan tahap kelajuan kami dah macam dekat  F1 dah. sampai je depan sekolah aku tengok nor memotong aku dan berteduh di pondok menunggu bas di depan sekolah tapi aku gan ti tetap meneruskan perjalan. sampai separuh jalan aku melihat ti perlahankan motornya fikirku mungkin dia mencari tempat untuk berteduh tapi aku tetap meneruskan perjalanku sehingga la dekat hostel kampusku kerana hujan terlalu lebat aku pun membuat keputusan untuk berteduh di sebuah klinik. 15 minit aku di situ tiba-tiba telefon aku berdering rupanya nor yang call aku.katanya test start pukul9.00 pg dah di tunda syukurla.dia cakap dia masih di depan sekolah dan baju dia habis basah lecun nak balik tak boleh coz kunci tak ader tapi kalau aku nak tolong pun aku dah terlalu jauh dengan rumah hujan pun masih lebat lagi..selepas 5 minit hujan pun reda aku pun meneruskan perjalanku ke kelas sampai dekat parking kelas tetiba nor menanggis kerana dia malu baju dia basah aku cakap baju orang lain pun basah aku tahu nor tu sensitif and manja sikit jadi aku tak kisah la aku rasa kelakar ada, nor..nor tak habis habis gan peragai manja dia tu. Setelah di pujuk nor pun o.k..tapi jam dah 9.05 pagi pensyarah tak masuk-masuk lagi kata start pkul 9.00pg.tepat 9.15 baru test bermula aku tak sempat nak jawab semua pkul 10.05 nak kutip pelajar lain dah masuk gan pensyarah diaorang sekali geramnya aku...ee nak jawab dengan baik tak leh..kuar je dari dean gan perasaan geram aku terus redah hujan balik sampai rumah aku terus makan dan tidor sehinngakan terlebih tido bgun-bagun pkul 2.30 terlepas tuk pergi kelas..

Friday, February 25, 2011

Aku Mahukan Dirimu...

Aku iginkan diri mu,
Aku mahukan Dirimu,
 Datang dan dekati Aku,
Temani Hidupku,
Cintai Aku,
Sayangi diriku,
Aku terlalu ingin memiliki dirimu,
Aku cintakan kamu,
Cintaku Terlalu sarat untuk mu,
Hatiku kosong tampa mu,
Hariku sepi tampa melihat mu,
Semoga kau akan mengerti akan perasaan ini,
Dan engkau datang untuk membalas cintaiku,
Semoga akukan merasa indahnya di buai cintamu,
Aku kan menunggu sehinnga kau datang,
Aku akan terus mengharap semoga kau menyedari akan cintaku padamu,
Semoga hatimukan terbuka untuk menerimaku,
Aku kan terus menunggu...

My heart will always be with you



sImple,ComPleTe and beauty...

Tuesday, February 22, 2011

Feeling wash...

      Kadang-kadang manusia ni pelik...lebih spesifit lagi perasaan manusia ni pelik...tak tahu apa yang kita nak..apa yang kita dapat tu kita kurang hargai sehinggalah kita kehilangannya...nak-nak dalam bab cinta...maklumlah manusia memang tak kan lari daripada perasaan ingin mencintai dan di cintai..sometime kita akan fall in love with someone tapi that person tak cintai pun kita pandang kita pun tak tapi tu la yang kita akan tergila-gila and terkejar-kejar semua yang buruk daripada dia pasti kita tengok cantik and angap dia mister perhaps la...pahtu pasti asyik duk khayal and think about him je...pelik..pelik...
        ITu satu kes, kes lain lagi...macam law la plak main kes-kes ni, anyway continue topik tadi..kes ni plak ada someone ni cinta gila kat kita tapi boleh kita buat tak layan, lepas tu siap jual mahal lagi kononnya bajet kita ni macam jadi rebutan ramai la..tapi hakikatnya tak pun...si mamat ni punya la cinta mati kat kita dah buat macam-macam dah tuk menangi hati kita tapi senang je kena reject...cian..
 Ni lagi parah..kita tengah syok-syok bercinta tapi boleh plak jatuh cinta gan another person...padahal pasangan kita ni punya la sayang bagai nak rak kat kita...maybe benda ni berlaku sebab kita ni tak betul-betul mencintai pasangan kita lepas tu plus plak tak jujur dan ikhlas mencintai pasanggan kita tu kot...tu la jadi kes curang...cian pasangan kita dah macam-macam benda dia buat tuk fullfill demand kita yang terlalu demand tu tapi kita tergila-gilakan orang lain yang do not nothing untuk kita...perasaan..perasaan...tapi pasangan kita ni punya la baik tahap gabai patient je gan peragai kita bagi peluang lagi tuk kita berubah dan belajar mencintai dia tapi kita tak hirau pun tak gunapun kesempatan yang dia bagi course kita masih terkejar-kejar orang yang kita suka until end the day yang di kendong berciciran and yang dikejar tak dapat...rugi..rugi..
 cinta ni sebenarnya ada macam-macam cerita disebalik word's tu..macam-macam cerita...suka,duka,hiba macam-macm la...tapi dalam cinta ni tuk mencari pasanggan yang saling mencintai satu same lain so difficult sebenarnya..apa yang lebih baik tuk kita ialah kita belajar menghargai dan mencintai orang yang mencintai kita sebab kita dah tahu dia tu sayang and cinta kat kita kalau kita mencintai orang yang tak cintai kita dia dengan mudah je akan tinggalkan kita lepastu mula la kita frust menongengkan...cian..
tu la sape yang dah find their love hargai la jaga la cz kalau kita tak jge dia boleh hilang...

Wednesday, February 9, 2011

MeNanGis..

 Haruskah Aku MenanGis..
HarusKah aku bersedih..
HaruSkAh Air Mata ini mengalir jatuh Ke pIpi..

Aku tahu,
Hanya air mata yang boleh merawat Sakit Hati..
Hanya Air Mata yang Boleh Mengubat Sakit Perasaan..
Hanya air Mata Yang Akan Membuatkan Aku  tenang...                                            
Dan Hanya air mata yang boleh meringgan beban yang 
 Aku pikul..
 Aku Harus Menangis..
 Aku Harus Bersedih..
 
aku Harus Mengalirkan Air mata ini..
Tapi Sampai Bila..
Sampai ia Kering...

                                                              
 TIDAK...
 Kerana ia sungguh Berharga..
 Ia senjata untuk Melembutkan
 Hati Yang kerAs...
 DaN...                                                       
 Pengubat Hati Yang gelisah..
                                                              
  JADI..
 Aku Harus gunakan ia sebaik yang Mungkin..
 Terima kasih Allah ...
 Kerna Kurniakan Aku ...
AIR MATA.......
                                

                





Tuesday, February 8, 2011

HENTIKAN!!!hentikan..hentikan!!!!!!!!!

Ya Allah tolong lah hentikan semua ni...tolong la Akhiri semua ni...TOLONG!!!!!aku lemah ya Allah..Adakah ini fitnah atau kenyataan...kalau kenyataan Kau tunjukkan lah kebenarannya ya Allah..


Kalau lah ini fitnah dan aku termakan hasutannya aku pasti dia akan ketawa dan merasa puah dengan kelemahan aku ni..Tolonglah ya Allah jika ini adalah Dusta Kau keraskan lah hatiku ya Allah..Kau kuatkan lah semangat ku Kau kuatkanlah langkahku ya Allah...


TAPI kalau ini adalah kebenaran Kau tunjukkan lah aku jalan ya Allah..jalan yang terbaik untuk hamba mu yang lemah ni...aku tahu setiap kepahitan yang kau berikan padaku ada kemanisan dikemudian hari tapi kadang-kadang aku rapuh di jalanmu Ya Allah..


Dalam hidup ni terlalu banyak ujian yang kau berikan padaku Ya Allah apa yang aku mahu adalah kekuatan dari Mu untuk aku tempuhi semua ni..tolonglah berikan Aku kekuatan..AMIn..


Wednesday, February 2, 2011

Ada-ada je...

Adui...Geram tul duk umah ni...line internet so,so low nak buat kerja pun susah..Malas tul..nak tengok Facebook pun kalau chat macam chipmore dah kejap on, kejap off. Kalau beragan nak buka banyak page tu simpan je la agan-agan tu...tapi nasib baik settle jugak assigment..
Cuti ni aku tak ader buat apa-apa pun..tapi tak ader la bosan coz kepala otak aku ni asyik fikir tuk siapkan assengment and aku sibuk dengan assigment tu je jd tak terasa sangat la masa yang berlalu..lagipun my mom ada jd tak ada la sunyi,kalau tak kalau aku cuti musim sekolah macam ni tentu pagi-pagi aku yang kena tinggal seorang diri dalam rumah ni..
Esok umah ni mesti riuh rendah gan suara budak -budak tu coz diaorang dah cuti, tapi tak lama 3hari je lepas ni umah ni sunyi balik dan my mom bosan la coz dia sorang-sorang bila adik uji pergi sekolah..tapi nak buat macam mana kan..

Friday, January 21, 2011

CInTa...

Cinta....
Penting ke???
Perlu ke???
Bahagia ke???

Kalau ada someone tanya aku,Kita perlu tak cinta aku akan cakap PERLU..pahtu kalau dia tanya lagi penting ke Bercinta ni... Aku akan cakap memang PENTING..
Kenapa Penting???
kadang kala cinta itu akan memberi semangat untuk kita berjuang..untuk kita teruskan hidup dan untuk hidupkan jiwa yang telah mati..cinta juga akan membuatkan kita menjadi lebih dewasa..begitulah pentingnya cinta...

BAHAGIA kE...
Ya cinta akan membuatkan kita bahagia dan cinta juga akan membuat kita derita...
Kenapa Bahagia??
sebab kita akan bahagia jika kita mencintai orang yang betul..bercinta ni penuh dengan dugaan hanya kita sahaja yang dapat mengatasinya,..jika kita bijak kita akan terlepas dari dugaan tu...cinta akan membuat kita bahagia jika kita pandai menjaganya dan saling memahami dan melengkapi antara satu same lain..
Alangkah bagusnya kalau kita dapat menyintai orang yang kita suka,sayang dan impi-impikan lepas tu cinta tu di balas balik oleh si dia...ada kala cinta hanya di sebelah pihak sahaja.....setiap orang ada keiginan dan impian untuk memiliki cinta sejati...tapi tak semudah apa yang kita sangkakan...
Derita...
dengan bercinta kita pasti akan merasa derita dan kecewa....kita tak kan terlepas dari perasaan ini...bak kata orang bercinta ni umpama mengutip mutiara kaca...warna mutiara tu sangat cantik dan membuatkan kita teruja untuk memilikinya...tapi jika kita menyentuhnya pasti tangan kita akan terluka...
yang penting kita hidup takan bermakna tampa rasa cinta dan kita tak kan wujud jika tak ada cinta..tapi kita jangan biarkan cinta memusnahkan diri kita..kelak kita akan menyesal...

Thursday, January 20, 2011

KeNaNgaN Di Taman CintA



Malam semakin kelam ditambah kesepian
Sukar bagiku untuk menjemput mimpi
Ke mana lenaku pergi

Ku bicara sendiri agar terhapus sepi
Setelah berkurun aku menjemput rindu
Haruskah ku menunggu


Andai langkah mu kini terhenti
Berpalinglah padaku di sini
Jernihkanlah kekeruhan dulu
Ku perlu kasihmu

Ibarat laut yang tidak berombak
Pasti pantai akan kesepian
Begitulah hidupku ini
Semenjak kau pergi

Terusik hati ku mengenang
Kenangan di taman cinta
Hingga kini masih ku terasa
Hangatnya sentuhanmu
Kujadikan sejarah
Untuk kita kenangkan
Di tika sepi di tika rindu

Tuesday, January 18, 2011