Wednesday, March 23, 2011

Kisah dulu...

Aku tak nak merindu,
Tapi aku merindui,
Aku ingin melupakan,
Tapi aku tidak melupai,
Aku tak nak mengingati,
Tapi aku meningati,
Aku ingin melupakan,
Tapi aku tidak lupakan,
 Bukan aku pinta untuk merinduimu, bukan aku pinta untuk mengingatimu..andainya aku boleh memilih insan mana yang ingin aku rindui pasti aku tidak akan memilih dirimu untuk dirindui..Aku akui sampai sekarang aku masih tidak dapat melupai dirimu, mungkin aku tidak dapat melupaimu sampai bila-bila kecuali aku ditakdirkan hilang ingatan..walaupun engkau hadir hanya seketika untuk mewarnai hidupku tapi engkau tetap insan istimewa yang pernah aku sayangi dan cintai di waktu dulu..kita tidak mungkin akan bersama lagi walaupun perasaan cinta dan sayang yang pernah hadir di antara kita masih bersisa di hati ini.Aku akui kadang-kadang perasaan ini meronta-ronta merinduimu tapi antara kita tiada apa-apa lagi yang perlu di ingati. Aku tahu engkau telah menemui penggantiku yang sempurna dan aku juga telah mempunyai insan yang menyayangiku lebih daripada engkau menyayangiku dulu. Apa yang aku harapkan moga kebahagian menjadi milik kita walaupun kita tidak bersama,walaupun cinta kita tidak bersatu,walaupun cinta kita terputus di pertengahan dan tinggal sejarah..kerana aku ingin engkau tahu cinta tidak semestinya bersatu, cinta tak mestinya diungkapkan ia akan hadir tampa kita paksa dan ia juga akan pergi tampa kita menduga..cinta kita hanya kenanggan..  

Friday, March 11, 2011

Hati yang Terkunci

Bukan salah aku, bukan aku pinta, aku tak nak semua ini terjadi tapi sudah puas aku cuba, sudah puas aku berusaha, hati ini tetap begini..usah la engkau memaksa, usah la engkau memujuk, usah lah engkau berkorban kerna ia tak akan memberi apa-apa makna lagi lagi kepadaku..semuanya telah berakhir, semuanya telah musnah hati ku telah beku sebekunya dan sekerasnya siment konkrit.. maafkan kan aku tetapi hati ini sudah terkunci dan kuncinya entah hilang dimana. bukan salah aku tapi engkau yang membuatkan aku jadi begini jangan lah engkau sesali lagi kerna ia tidak berguna, dulu engkau yang tidak menghargai aku, engkau yang tidak menghiraukan aku..sudah puas aku menangih sudah puas aku meminta tapi apa yang aku dapat darimu hanyalah sakit hati dan kekecewaan. Pergilah engkau.pergi lah dari cerita hidupku kerna watak engkau tidak lagi diperlukan didalam cerita hidupku ini. Aku telah memaafkan kamu tetapi hati ini tidak bisa lagi menerima dirimu kembali, cukuplah dengan apa yang berlaku. Aku sangat-san gat merelakan engkau pergi..

sedih..

Sakit hati, sedih, kecewa, semua ada . it's okey apa-apa pun kena belajar hidup sendiri jangan terlalu berharap dekat orang lain sebab bila harapan tu tak dapat di penuhi hati sendiri akan merasa sakit, hati sendiri yang meraung dan menanggis. Bila perasaan sedih datang mengetuk hati cuba lah menutupinya dengan senyuman dan bina lah tembok kecerian. Cubalah terima apa adanya janganlah membandingkan diri kita dengan orang lain kerna bila semua itu berlaku kita akan rasa semua ada pada kita tidak sempurna.  

Thursday, March 10, 2011

Warna-Warna kehidupan.

Setiap kali aku buka laptop aku baca blog-blog orang lain atau aku tengok post-post dekat facebook macam-macam cerita.Manusia ni banyak ragam,banyak peragai dan banyak cerita setiap cerita pada setiap manusia tak ada satu pun yang sama itu lah kuasa yang maha Agung.Padahal kat Dunia ni Dah berbillion-billion manusia hidup. Tu lah setiap manusia tu ada karactor masing-masing yang akan mewarnai lukisan dunia ni. kalau cantik,baik dan sempurna watak yang dibawak cantik la juga warna yang akan terlakar di atas kanvas tu kalau buruk buruk la ia . Orang kata semasa kita kecil kita ni umpama kain putih yang bersih dan suci ibu bapa la yang akan mentukan bentuk lukisan dan lakaran pada kain tersebut kalau cantik yang diukir dan dilakarkan oleh ibu bapa kita maka cantik la kita jadinya nanti tapi kenapa ada jugak yang diukir dan yang dilakarkan tidak sama dengan apa yang diiginkan? padahal ibu bapa kita berusaha keras untuk memberi lakaran dan ukiran yang baik untuk kita sanggup berkorban apa sahaja tapi hasilnya sangat mengecewakan. tapi ada juga ibu bapa yang memberikan lakaran dan ukiran yang sangat buruk pada anak-anak mereka tapi setelah ia di warnai oleh si anak ukiran dan lakaran itu menjadi sangat cantik. Tak  salah orang kata ibu bapa memainkan peranan penting di dalam membentuk kita untuk jadi insan yang berguna tapi mereka hanya memberi kita ukiran dan lakaran yang memwarnainya adalah kita sendiri kalau cantik warna yang di pilih cantik la kain tu ,jadi apa kita akan jadi yang menentukannya adalah diri kita sendiri bukan orang lain. Jadi kalau apa-apa yang terjadi kepada kita janganlah kita salahkan orang lain terutamanya orang tua kita, orang yang merawat dan menjaga kita dari kecil sehingga besar walau buruk macam mana pun mereka walau jahat macam mana pun mereka tetap orang tua kita yang memberi benih dan mengizinkan kita menumpang pada rahim mereka. Tiada mereka tiada la kita..renungkan la....   

Wednesday, March 9, 2011

Cakap-CaKap

Aku Cakap: lelaki tak pernah cukup dengan seorang perempuan dan perempuan plak tak pernah cukup dengan seorang lelaki.
Kak Sha cakap: Manusia tak pernah cukup dengan apa yang mereka ada. walaupun dah dapat yang baik tapi tak pernah bersyurkur.
Dini cakap: begitu la manusia kalau tak,tak ader la plak yang kawin ramai.
MC da plak Cakap: Biar la asalkan bahagia.
Tihin Cakap: aku tetap dengan pendirian aku...Cukup dengan seorang lelaki.
Arhh..penat dengan cakap-cakap korang ni... 

Cerita Semalam..

Arh... malasnya aku nak bangun tido.hujan di luar bagaikan mengulit aku untuk terus tido tapi tak boleh hari ini aku ada test so apa-apa hal pun aku kena pergi jugak.Sejuk bangat mandi time-time hujan ni.Lepas je aku bersiap-siap hujan tak menunjukkan tanda untuk berhenti pun macam mane ni.aduhh..jam dah menunjukkan pukul 8 dah ni.bila hujan nak berhenti, reda ckit pun tak apa aku ni dah la naik motor kalau naik kerata tak aper la..jangan la test dah start kalau tak mampus aku.huhuhu..
eh korang kita nak pergi macam maner ni?hujan lebat lagi.beritahu aku kepada kawan-kawan serumah ku.
tunggu la bila hujan dah reda kita terus pergi nampak macam dah nak reda ckit tu.balas nor.
erm...baik la..kataku kepada nor.
(selepas 10 minit menunggu)
tu hujan dah reda jom la kita pergi nantikan lebat plak.kata ti kepada kami.
dengan pantas aku pun menghidupkan motor dan menyarung baju hujan dekat tubuhku.Lin cepat la nanti hujan lebat plak,teriak ku kepada lin.dengan pantas aku pun memecut motorku tapi baru je keluar dari taman rumah aku hujan lebat mengila dengan semangat yang kental aku,nor and ti sebagai penunggang motosikal menmaxsimunkan tahap kelajuan kami dah macam dekat  F1 dah. sampai je depan sekolah aku tengok nor memotong aku dan berteduh di pondok menunggu bas di depan sekolah tapi aku gan ti tetap meneruskan perjalan. sampai separuh jalan aku melihat ti perlahankan motornya fikirku mungkin dia mencari tempat untuk berteduh tapi aku tetap meneruskan perjalanku sehingga la dekat hostel kampusku kerana hujan terlalu lebat aku pun membuat keputusan untuk berteduh di sebuah klinik. 15 minit aku di situ tiba-tiba telefon aku berdering rupanya nor yang call aku.katanya test start pukul9.00 pg dah di tunda syukurla.dia cakap dia masih di depan sekolah dan baju dia habis basah lecun nak balik tak boleh coz kunci tak ader tapi kalau aku nak tolong pun aku dah terlalu jauh dengan rumah hujan pun masih lebat lagi..selepas 5 minit hujan pun reda aku pun meneruskan perjalanku ke kelas sampai dekat parking kelas tetiba nor menanggis kerana dia malu baju dia basah aku cakap baju orang lain pun basah aku tahu nor tu sensitif and manja sikit jadi aku tak kisah la aku rasa kelakar ada, nor..nor tak habis habis gan peragai manja dia tu. Setelah di pujuk nor pun o.k..tapi jam dah 9.05 pagi pensyarah tak masuk-masuk lagi kata start pkul 9.00pg.tepat 9.15 baru test bermula aku tak sempat nak jawab semua pkul 10.05 nak kutip pelajar lain dah masuk gan pensyarah diaorang sekali geramnya aku...ee nak jawab dengan baik tak leh..kuar je dari dean gan perasaan geram aku terus redah hujan balik sampai rumah aku terus makan dan tidor sehinngakan terlebih tido bgun-bagun pkul 2.30 terlepas tuk pergi kelas..