Friday, June 24, 2011

Cebisan Diary seorang Cleaner..

Rutin aku seperti biasa..tak berape tepat pkul 6.00pg aku akan bangun tidor untuk bersiap2 pergi kerja..kadang2 tu aku gan yati masing2 buat keras tak nak bgun masing2 xnak mengalah sape yang kena bangun dulu..huuhuu..bila dah bangun and sampai tempat kerja ap yang kami fikir bila la jam nak menunjukkan pukul 10 pg cz nak rehat..haahaa..kerja tukang sapu tak der la teruk, penat sangat ke..tapi bila dah ada event jadi penat la sikit..aku akan start buat kerja pukul 7.30 pg bila dah sampai pukul 9.30 semua kerja dah beres...aku kerja kadang2 tak menetu aku akan dicampakkan dekat mane2 je tempat tukang sapu lain yang tak datang dan soalan kemestian yang akan ditanya oleh orang2 kat dalam office tu ialah "mane akak yang biasa bersih kat sini dia cuti ke dik?" dan jawapan yang telah tersedia untuk aku jawab plak " a'a dia cuti"macam tu la...Kadang-kadang aku terfikir kenape la banyak2 kerja aku buat kerja jadi tukang sapu tuk buat part time?????aku pun tak tahu..tapi bila aku jadi tukang sapu ni aku dapat mengenali semua kerenah orang dari pangkat paling rendah sampai la pangkat paling tinggi yang ada gelaran dato'..ada yang sombong ada yang o.k..macam2 kan kerenah biro kerasi ni..12.30 thghari haaa time ni la aku akan naik tingkat 16 tuk mengerjakan aktiviti termenung aku sementara tunggu tuk balik maklum la balik kul 3.00 kerja dah beres so nk buat ap lg kan...kadang2 tu aku gan yati akan lepak gak gan budak2 cleaner lain..aku suka sangat dduk tepi tinggkap, dengar lagu and sambil tengok pemandangan daripada atas cantik dan nyaman...kerja kat sini biasanya banyak event so ada la jamuan and kalu ada makanan lebih kami ni la sebagai cleaner akan mengclearkan makanan tu...heehee..tapi yang lucunya supervisor aku la dah la dah makan kat situ ambik plak tapau tuk wak balik dekat umah kalu ambik sikit aku tak kisah la kan.. ni ambik makanan macam nak buat kenduri kat rumah..(alahai mak esah..)maklumlah spvisorkan so dia kena clearkan makanan tu lebih dari anak2 buah dia la..heeehee...satu lagi rutin aku gan yati kalau korang nak tahu, kami kan selalu kira hari bila nak cuti and dapat gaji..heehee maklumlah duit kering...kadang2 tu kami ada jugak terfikir tuk berhenti kerja tapi biasa memang tak menjadi la tuk berhenti..aku pun tak tahu kenapa..sekarang nia aku masih dengan carier aku iaitu seorang cleaner...

No comments: