Thursday, April 28, 2011

Kami...

Arhhh lepas penat shooting kami berpicture...hahhaaa..kerja aku n the geng..gila flash katakan pantang pergi mana-mana ambik gmbar je la kerja kami..heee and ni adalah koleksi  gambar2 kami dekat Air terjun buatan Dekat trafict light jalan nk pergi batu Buruk..
 ala..ala cameraman yang ambikkan...sweet tak??haahaa(perasan tu..)

 Ni la kami...lepas penat buat kerja berposing la plak kerjanya..gmbar ni i yang ambik tau i setting timer dekat camera penat gila kena lari cepat2 naik atas batu tu takut tak sempat..nk buat gmbar ala-ala candit katakan..tapi sally tak sabar2 dah tengok dekat camera cz dia ingatkan gambar dah snap time tu..heehee
                                            ni gambar koya bersama Rinrin...cantik kan..heehee



                     Ni gambar kami versi happy..gambar ni la gambar i rasa paling terbaik kami shoot..heeheeee...model air terjun katakan..hahhaaa...caye la...

CuTi-Cuti D'TerenGgaNu..

Cuti-cuti di terengganu..hahhaaa macam la aku orang luar...tak sebenarnya semalam aku jadi pemandu pelancong yang tak bertauliah yang di lantik oleh dini n sally secara tidak sah....hahhhaaa..penat gila seharian tu jalan-jalan keliling bandar terengganu..First semalam kami naik bot penambang..haahhaa lucu tau tak...rugi klu tak cuba rm2 je pergi and blik dari bandar ke seberang takir..pic tak ingat nak take time naik bot lgpun aku mabuk lalat ckit naik bot ni haahaa.....Aktiviti kedua kami pergi naik Bukit Puteri..lepas tu kami pergi taman tamadun islam (TTI), sempat lagi kot behenti kedai jual haiwan peliharaan..heehee..pahtu kami terus balik..ni la gambar aktiviti kami..haahaaa
             Gambar ni ambik dekat atas Pasar Warisan..cantik kan..ala-ala gambar koya la tu..heehee
               Ni rabbit yang aku impi-impikan nak Beli...harap-harap nanti dapat la...doa-doakan erk!
     Ni gambar dekat masjid kristal cantik kan..Dini cakap rela berpanas nak dapatkan gambar yang cantik     punya pasal..haahaa..berair kot mata kena terik panas matahari..huuuhuu
 Koleksi gambar koya..dalam taman monumen dekat masjid Great Mosque Of Qairawan. Turnisia.masjid ni ,masjid tertua dekat Turnisia..
            Ni gambar dini dan sally..cantik tak i ambik..sampai tertungeng-tungeng tau tak..hahhhaaaaa...
 Ni la masjid Taj Mahal,Aqra, India..ni la masjid lambang cinta agung antara Maharaja Mughal Kelima,Shah Jahan, Shah Jahan telah membina Istana Taj Mahal ni bagi mengenangkan kisah cinta abadinya n masjid ni jugak sebagai simbol kasih sayang terhadap isterinya, Mumtaz Mahal..cayalah kalau aku yang dapat ni adui..asyiknya...hahhhaaa (beranggan la ko)...
                            Ni gambar saja je ambik cz nak nampakkan masjid Taj Mahal tu...
                                           Ni plak gambar dekat atas bukit puteri dekat meriam...

  Ni kalau tak silap dekat masjid Sheikh Lutfallah,Iran..lupa cz banyak sangat pergi semalam..heehee..masjid ni dikatakan salah satu contoh terbaik senibina islam..

Ni je la gambar2 yang dapat upload..nak upload semua..banyak ooo..nanti ada masa korang pergi la TTI..tak rugi nya RM15 je sorang siap dapat kupon makan dan minum n Kupon survenier sekali tau...Thanks to Sally and Dini..hope you olls enjoy semalam..

Friday, April 22, 2011

kisahku...

Sudah sekian lama aku tak up date blog aku...hidup ni kadang-kadang sibuk sampai tak ada masa untuk diri sendiri terlalu banyak perkara yang kena selesaikan..sekarang ni minggu peperiksaan macam-macam ragam kawan-kawan aku..semua asyik stady je..asal buka mata baca buku, tido pun dengan buku. tapi walaupun sibuk stady sempat lagi doawnload lagu tak tahu la virus apa dah terkena dekat umah ni tetapi budak-budak ni asyik nyanyi lagu mat silehs je hari2...laptop pun penuh dah gan lagu mat silehs..mungkin nak menyahut cabaran pensyarah kami kot tuk improve BI..caye lah korang...nanti tengok la cair la BI kat mulut nanti..hehehehhe..semester ni stdy tertekan cikit subject semua mencabar jiwa dan raga ooo...pahtu jadual peperikasaan padat gila ooo..bayangkan 19/4 international law of the sea, 20/4 pengurusan Liner..pening oo kepala nak-nak stady law..pahtu 24/4 logistics, 25/4 law of transportation,26/4 pulak safety marine..sesak oo nafas..macam mane la nak skore ni weh...adui....tak pe la aku harap sangat sangat dan sangat lepas aku stady ni aku dapat kerja elok-elok dan semua pergorbanan aku ni berbaloi..bukan pergorbanan aku je tapi pengorbanan semua orang yang sayang kat aku dan yang tolong aku..nanti apa yang mereka buat akan mereka dapat balasan baik dari Allah dan aku..Tunggu la korang semua nanti aku dapat kerja elok-elok aku akan balas budi baik korang semua tau..aku tak akan lupa..sebab..sebab korang la aku akan menjadi orang yang berjaya nanti..harap-harap ALLah permudahkan..amin...
       

Wednesday, March 23, 2011

Kisah dulu...

Aku tak nak merindu,
Tapi aku merindui,
Aku ingin melupakan,
Tapi aku tidak melupai,
Aku tak nak mengingati,
Tapi aku meningati,
Aku ingin melupakan,
Tapi aku tidak lupakan,
 Bukan aku pinta untuk merinduimu, bukan aku pinta untuk mengingatimu..andainya aku boleh memilih insan mana yang ingin aku rindui pasti aku tidak akan memilih dirimu untuk dirindui..Aku akui sampai sekarang aku masih tidak dapat melupai dirimu, mungkin aku tidak dapat melupaimu sampai bila-bila kecuali aku ditakdirkan hilang ingatan..walaupun engkau hadir hanya seketika untuk mewarnai hidupku tapi engkau tetap insan istimewa yang pernah aku sayangi dan cintai di waktu dulu..kita tidak mungkin akan bersama lagi walaupun perasaan cinta dan sayang yang pernah hadir di antara kita masih bersisa di hati ini.Aku akui kadang-kadang perasaan ini meronta-ronta merinduimu tapi antara kita tiada apa-apa lagi yang perlu di ingati. Aku tahu engkau telah menemui penggantiku yang sempurna dan aku juga telah mempunyai insan yang menyayangiku lebih daripada engkau menyayangiku dulu. Apa yang aku harapkan moga kebahagian menjadi milik kita walaupun kita tidak bersama,walaupun cinta kita tidak bersatu,walaupun cinta kita terputus di pertengahan dan tinggal sejarah..kerana aku ingin engkau tahu cinta tidak semestinya bersatu, cinta tak mestinya diungkapkan ia akan hadir tampa kita paksa dan ia juga akan pergi tampa kita menduga..cinta kita hanya kenanggan..  

Friday, March 11, 2011

Hati yang Terkunci

Bukan salah aku, bukan aku pinta, aku tak nak semua ini terjadi tapi sudah puas aku cuba, sudah puas aku berusaha, hati ini tetap begini..usah la engkau memaksa, usah la engkau memujuk, usah lah engkau berkorban kerna ia tak akan memberi apa-apa makna lagi lagi kepadaku..semuanya telah berakhir, semuanya telah musnah hati ku telah beku sebekunya dan sekerasnya siment konkrit.. maafkan kan aku tetapi hati ini sudah terkunci dan kuncinya entah hilang dimana. bukan salah aku tapi engkau yang membuatkan aku jadi begini jangan lah engkau sesali lagi kerna ia tidak berguna, dulu engkau yang tidak menghargai aku, engkau yang tidak menghiraukan aku..sudah puas aku menangih sudah puas aku meminta tapi apa yang aku dapat darimu hanyalah sakit hati dan kekecewaan. Pergilah engkau.pergi lah dari cerita hidupku kerna watak engkau tidak lagi diperlukan didalam cerita hidupku ini. Aku telah memaafkan kamu tetapi hati ini tidak bisa lagi menerima dirimu kembali, cukuplah dengan apa yang berlaku. Aku sangat-san gat merelakan engkau pergi..

sedih..

Sakit hati, sedih, kecewa, semua ada . it's okey apa-apa pun kena belajar hidup sendiri jangan terlalu berharap dekat orang lain sebab bila harapan tu tak dapat di penuhi hati sendiri akan merasa sakit, hati sendiri yang meraung dan menanggis. Bila perasaan sedih datang mengetuk hati cuba lah menutupinya dengan senyuman dan bina lah tembok kecerian. Cubalah terima apa adanya janganlah membandingkan diri kita dengan orang lain kerna bila semua itu berlaku kita akan rasa semua ada pada kita tidak sempurna.  

Thursday, March 10, 2011

Warna-Warna kehidupan.

Setiap kali aku buka laptop aku baca blog-blog orang lain atau aku tengok post-post dekat facebook macam-macam cerita.Manusia ni banyak ragam,banyak peragai dan banyak cerita setiap cerita pada setiap manusia tak ada satu pun yang sama itu lah kuasa yang maha Agung.Padahal kat Dunia ni Dah berbillion-billion manusia hidup. Tu lah setiap manusia tu ada karactor masing-masing yang akan mewarnai lukisan dunia ni. kalau cantik,baik dan sempurna watak yang dibawak cantik la juga warna yang akan terlakar di atas kanvas tu kalau buruk buruk la ia . Orang kata semasa kita kecil kita ni umpama kain putih yang bersih dan suci ibu bapa la yang akan mentukan bentuk lukisan dan lakaran pada kain tersebut kalau cantik yang diukir dan dilakarkan oleh ibu bapa kita maka cantik la kita jadinya nanti tapi kenapa ada jugak yang diukir dan yang dilakarkan tidak sama dengan apa yang diiginkan? padahal ibu bapa kita berusaha keras untuk memberi lakaran dan ukiran yang baik untuk kita sanggup berkorban apa sahaja tapi hasilnya sangat mengecewakan. tapi ada juga ibu bapa yang memberikan lakaran dan ukiran yang sangat buruk pada anak-anak mereka tapi setelah ia di warnai oleh si anak ukiran dan lakaran itu menjadi sangat cantik. Tak  salah orang kata ibu bapa memainkan peranan penting di dalam membentuk kita untuk jadi insan yang berguna tapi mereka hanya memberi kita ukiran dan lakaran yang memwarnainya adalah kita sendiri kalau cantik warna yang di pilih cantik la kain tu ,jadi apa kita akan jadi yang menentukannya adalah diri kita sendiri bukan orang lain. Jadi kalau apa-apa yang terjadi kepada kita janganlah kita salahkan orang lain terutamanya orang tua kita, orang yang merawat dan menjaga kita dari kecil sehingga besar walau buruk macam mana pun mereka walau jahat macam mana pun mereka tetap orang tua kita yang memberi benih dan mengizinkan kita menumpang pada rahim mereka. Tiada mereka tiada la kita..renungkan la....